background

Tuesday, 5 March 2013

minUman yang membantu menurunkan berat badan



air masak

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan.
Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.





Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar.
Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi.
Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme.
Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.



Tea "o"
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.



nie la tips2 yang selalu aku buat untuk menurunkan berat badan secara ideal...
tapi make sure kena rajin la..
xleh wat kije separuh jalan jew..
nanti xmenjadi pulak..
selamat mencuba...
x0x0!!!

No comments:

Post a Comment